Wednesday, 9 December 2015

Pendaftaran Perniagaan di SSM, UTC Pudu

Salam and Hi,



Haritu aku pergi SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk daftarkan perniagaan aku. uhhhh izzah nak bukak business weh. Business apa? jeng jeng jeng. Sat gi aku cerita ehh. Tapi ni business kecil-kecilan secara online je. Aku nak daftarkan perniagaan aku ni sebab aku ada baca beberapa artikel menyatakan peniaga2 online yang tak daftarkan perniagaan masing2 boleh kena denda if orang SSM dapat tahu lagipun bagi aku if aku ada no pendaftaran dari SSM, customer aku akan lebih percaya nak beli pada aku. Dan aku takde lah rasa bersalah buat business secara online sekurang-kurangnya aku dah berdaftar di bawah SSM. Ohh ye sebab aku jugak nak mohon beberapa pembiayaan tapi semua tu perlukan aku berdaftar dengan SSM. 

So, dulu aku tahu SSM ni ada dekat The Mall tapi sedia maklum lah The Mall pun dah takde tapi dah jadi Sunway Putra Mall and SSM pun dah berpindah ke KL Sentral. Bukan dalam KL Sentral ye tapi sebelah KL Sentral. Aku decide nak pergi SSM dekat UTC Pudu. emm nama pun UTC kemungkinan akan ada raaaammmmmaaaiiiii orang plus dekat Pudu pulak tu of course ramai giilaa. Tapi aku fikir takpe lah pergi jela habis bila lagi nak pergi. Aku pun pergi lah lepas aku balik kerja dalam pukul 6 mcm tu aku gerak dari office aku. Perghhhh start dari office aku je dah jemmmm gilaaaa tu baru aku bawak scooter dan jem gila belum yang bawak kereta lagi la tak bergerak langsung. Uishhh taubat aku tak nak lalu jalan tu lagi. Aku lalu Jalan Chow Kit tu mana lahh tak jem teruk. hahaha. 

Tapi akhirnya aku selamat sampai setelah selamat menempuh jem of the jemm. Sampai je di UTC aku terus pergi ke SSM. Agak ramai orang jugak. Aku pun macam nak ke tak ni pergi last-last aku pergi jela. Oh ye aku dah siap download borang dari internet dan isi so sampai je sana aku terus pergi buat copy untuk I/C aku, amek nombor dan terus duduk. Nombor aku dapat 1289, nombor sekarang ialah 1286. Aku akan terkejut jugaklah wahh beza dua je dari nombor aku so tak payah la aku tunggu lama. Aku takde tunggu lama pun dalam 5 minit macam tu je sebabnya ada satu nombor tu orangnya takde so nombor aku jadi cepatlah. Then bila aku dah pergi kaunter mula-mula aku nak daftar Nama Tred tapi tak boleh aku pun tak tahu kenapa last-last aku daftar guna nama aku sendiri je sebab tak sempat la pulak nak fikir-fikir nama. Oh ye bayaran untuk nama sendiri lebih murah berbanding Nama Tred. Sat g aku bagitahu ye. Kemudian aku dah bayar pegawai SSM suruh tunggu. Aku fikir mesti lama ni. Aku pun tunggu and tunggu...tak sampai 15 minit pun aku punya Sijil Pendaftaran dah siap. Wahhh cepatnyaa. Sebelum ni aku tengok blogger2 lain tulis macam lama tapi sebenarnya kejap je. Dont worry guys.

Aduh panjangnya cerita aku ni hahah tapi aku summary kan apa yang patut korang sediakan semasa hendak membuat pendaftaran perniagaan:

1) Copy of I/C (kalau tak sempat buat kat UTC pun ada kedai photostat)
2) Isi borang siap2 iaitu borang A dan borang PNA.42 (kalau tak sempat jugak borang tu boleh dapatkan secara percuma di SSM)
3) RM 40/year untuk daftar atas nama sendiri
4) RM 70/year untuk daftar atas nama tred 

Nota: Nama Tred tu contoh 'Sweety Felt Enterprise' atau 'Sweety Felt Shop' em tapi nama ni tak boleh daftar em sedih :( Nama sendiri ialah nama kita yang dekat I/C lah ye. hihi

Harap information ni dapat membantu anda yang ingin mendaftarkan perniagaan anda.





Lots of love,
izzah






No comments:

Post a Comment