Monday, 28 December 2015

Resipi Simple: CheeseKut

Actually dah lama aku nk post pasal resipi simple CheesuKut ni (Cheese + Biskut) hehe. *simple la sangat :P

ok ni bahan2 nya :


1) Cream cheese 250gm - bagi aku ada dua yg sedap. first yg dalam gambar Philadelphia, satu lagi Tatura Cream Cheese. Yg tu pun sedap jugak. Ok nah gambar

 
picture from google

2) Susu pekat F&N - 1/2 tin je ye kalau satu tin manis gilaa wehh

3) Biskut Hup Seng - Kalau boleh beli yang Original la ye. Aku beli yg Cream Crakers sebab yg original dah habis. heee

4) Susu full cream or low fat ke tak kisah - Aku guna Nestle tapi aku pernah juga guna yang Dutch Lady sedap gak 



Cara2 nya ialah :

i) Gaulkan cream cheese dengan handmixer sampai kembang (sorry takde gambar)


ii) Kemudian, masukkan 1/2 tin susu pekat dan gaul sehingga sebati


iii) Lepastu, di bekas lain pulak celupkan biskut dengan susu full cream seperti di dalam gambar dan susunkan di dalam loyang 


iv) Lepas dah susun biskut letakkan cream cheese yang kita dah gaul tadi tu

v) Then kita susun lagi biskut berselang-seli dengan cream cheese sehingga ia jadi macam ni 


Note: setiap kali lepas letak biskut dengan cream cheese aku bubuh Nestum taw.


vi) Akhir sekali letak dalam peti ais dalam semalaman macam tu atau beberapa jam pun ok tapi jangan letak kat freezer keras plak kang


Last but not least,

Taraaaa this is my cheesekut. dapnyeeeeee



ok byeee,

Selamat Mencuba!


Lots of love,
izzah



Wednesday, 9 December 2015

Pendaftaran Perniagaan di SSM, UTC Pudu

Salam and Hi,



Haritu aku pergi SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk daftarkan perniagaan aku. uhhhh izzah nak bukak business weh. Business apa? jeng jeng jeng. Sat gi aku cerita ehh. Tapi ni business kecil-kecilan secara online je. Aku nak daftarkan perniagaan aku ni sebab aku ada baca beberapa artikel menyatakan peniaga2 online yang tak daftarkan perniagaan masing2 boleh kena denda if orang SSM dapat tahu lagipun bagi aku if aku ada no pendaftaran dari SSM, customer aku akan lebih percaya nak beli pada aku. Dan aku takde lah rasa bersalah buat business secara online sekurang-kurangnya aku dah berdaftar di bawah SSM. Ohh ye sebab aku jugak nak mohon beberapa pembiayaan tapi semua tu perlukan aku berdaftar dengan SSM. 

So, dulu aku tahu SSM ni ada dekat The Mall tapi sedia maklum lah The Mall pun dah takde tapi dah jadi Sunway Putra Mall and SSM pun dah berpindah ke KL Sentral. Bukan dalam KL Sentral ye tapi sebelah KL Sentral. Aku decide nak pergi SSM dekat UTC Pudu. emm nama pun UTC kemungkinan akan ada raaaammmmmaaaiiiii orang plus dekat Pudu pulak tu of course ramai giilaa. Tapi aku fikir takpe lah pergi jela habis bila lagi nak pergi. Aku pun pergi lah lepas aku balik kerja dalam pukul 6 mcm tu aku gerak dari office aku. Perghhhh start dari office aku je dah jemmmm gilaaaa tu baru aku bawak scooter dan jem gila belum yang bawak kereta lagi la tak bergerak langsung. Uishhh taubat aku tak nak lalu jalan tu lagi. Aku lalu Jalan Chow Kit tu mana lahh tak jem teruk. hahaha. 

Tapi akhirnya aku selamat sampai setelah selamat menempuh jem of the jemm. Sampai je di UTC aku terus pergi ke SSM. Agak ramai orang jugak. Aku pun macam nak ke tak ni pergi last-last aku pergi jela. Oh ye aku dah siap download borang dari internet dan isi so sampai je sana aku terus pergi buat copy untuk I/C aku, amek nombor dan terus duduk. Nombor aku dapat 1289, nombor sekarang ialah 1286. Aku akan terkejut jugaklah wahh beza dua je dari nombor aku so tak payah la aku tunggu lama. Aku takde tunggu lama pun dalam 5 minit macam tu je sebabnya ada satu nombor tu orangnya takde so nombor aku jadi cepatlah. Then bila aku dah pergi kaunter mula-mula aku nak daftar Nama Tred tapi tak boleh aku pun tak tahu kenapa last-last aku daftar guna nama aku sendiri je sebab tak sempat la pulak nak fikir-fikir nama. Oh ye bayaran untuk nama sendiri lebih murah berbanding Nama Tred. Sat g aku bagitahu ye. Kemudian aku dah bayar pegawai SSM suruh tunggu. Aku fikir mesti lama ni. Aku pun tunggu and tunggu...tak sampai 15 minit pun aku punya Sijil Pendaftaran dah siap. Wahhh cepatnyaa. Sebelum ni aku tengok blogger2 lain tulis macam lama tapi sebenarnya kejap je. Dont worry guys.

Aduh panjangnya cerita aku ni hahah tapi aku summary kan apa yang patut korang sediakan semasa hendak membuat pendaftaran perniagaan:

1) Copy of I/C (kalau tak sempat buat kat UTC pun ada kedai photostat)
2) Isi borang siap2 iaitu borang A dan borang PNA.42 (kalau tak sempat jugak borang tu boleh dapatkan secara percuma di SSM)
3) RM 40/year untuk daftar atas nama sendiri
4) RM 70/year untuk daftar atas nama tred 

Nota: Nama Tred tu contoh 'Sweety Felt Enterprise' atau 'Sweety Felt Shop' em tapi nama ni tak boleh daftar em sedih :( Nama sendiri ialah nama kita yang dekat I/C lah ye. hihi

Harap information ni dapat membantu anda yang ingin mendaftarkan perniagaan anda.





Lots of love,
izzah






Monday, 7 December 2015

Food: Nasi Daun Pisang Nirwana

Assalamualaikum and Hi!

Today I would like to share about food that I've ate last week but I'm actually free to write this post today.

So last week, Kak Iva and I oh also Iefa are decided to eat Nasi Daun Pisang Nirwana, Bangsar. Just search 'Nirwana Nasi Daun Pisang' at Google then you'll find it where.

Ok dah cukup full english atas tu. Kte tak pandai english sangat kang jadi ayat apa kang lain pulak maksudnya nanti apa pun tak boleh haha.

Pertama sekali untuk anda, anda dan anda pergi ke Restoran Nasi Daun Pisang Nirwana anda haruslah cekal untuk menghadapi kesesakan lalu lintas which is perkara yang sangat biasa berlaku di Kuala Lumpur. Kemudian of course la kesusahan untuk mencari tempat parking. Itu juga perkara yang sangat biasa di Kota Kuala Lumpur ini. Last2 kak Iva just parking dekat Bangsar Village punya tempat parking then jalan kaki ke Restoran Nirwana. Actually ada banyak restoran nasi daun pisang dekat situ tapi yang ni paling sedap bagi aku lah tak tahu pulak yang lain macam mana.

Oh tak habis cerita lagi, bila dah sampai di Restoran Nirwana anda hendaklah beratur terlebih dahulu kerana pelanggan dia sangatlahhhh ramai. Jadi kena beratur tapiii tapi tapi tak de lah lama sangat kena beratur ada lah dalam 15 minit gitu jela. Jangan risau dia cepat je dapat tempat duduk sebab orang pun datang situ nak makan bukan nak melepak so kalau korang nampak ada yang dah habis makan tapi tak reti-reti bangun tu ha pandang jeeee muka diorang supaya diorang tahu yang korang tengah lapar dan berharap mereka segera bangun dan bayar dan boleh la balik. hohoho

Aku lampirkan beberapa gambar (ok sebenarnya dua gambar je)

(i) Nasi Daun Pisang


Inilah dia Nasi Daun Pisang:
1) Nasi (boleh cakap nak banyak mana)
2) Kari (boleh pilih nak kari ayam atau kari ikan)
3) Peria (serius tak pahit rangup lagi ada, pun boleh mintak nak banyak ke nak sikit)
4) Sayur (kobis dan timun)


Oh dia ada juga bagi Papadom. Papadom dia sedap!!


So secara kesimpulannya aku nak bagitahu yang nasi daun pisang dia sangat sangat la sedap sampai kan aku rasa nak pergi lagiiiiiiiii. Memang puas lah makan. Oh harga? Hanya RM 16++ termasuk air itu pun aku order teh o ais if korang nak order air lain mungkin lain sikit harga dia dan juga harga tu termasuk ayam goreng sebab kitorang ada order ayam goreng sooo if korang nak order lain pun boleh contohnya kepala ikan ke atau apa2 jela but the harga must be different lah. 

Ok tu je nak cite. 

bye.

Lots of love,
izzah